• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 200,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), melebihi sasaran asal 100,000 unit di seluruh negara menjelang 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ia merupakan cadangan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa serta usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan serta keselesaan penjawat awam sentiasa terjaga.

Beliau berkata adalah menjadi impian dan idaman setiap insan lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga untuk memiliki sebuah rumah yang bersesuaian dengan kemampuan, selera dan keperluan citarasa.

“Sudah tentu kediaman itu mesti sesuai dengan saiz keluarga, setimpal dengan kemampuan dari segi potongan bulanan serta lengkap dengan kemudahan moden seperti tadika, rekreasi, surau, (gelanggang) futsal dan sebagainya.

“Ia juga mesti mempunyai kualiti yang tinggi serta tidak jauh dari tempat kerja,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik PPA1M Selasih di Presint 17, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Ali dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail.

Pada 23 April lalu, kerajaan bersetuju membina 100,000 unit kediaman di bawah PPA1M di seluruh negara.

Najib berkata setakat ini hampir 3,563 unit PPA1M telah siap dan diduduki.

Beliau berkata harga PPA1M yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran yang bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan dan bagi setiap unit PPA1M, nilai subsidi yang disediakan oleh kerajaan adalah antara RM25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada keluasan.

Selain itu, Najib berkata Perbadanan Putrajaya telah bersetuju supaya kadar bayaran bulanan untuk menyelenggara PPA1M dikurangkan kepada 16 sen daripada 20 sen sekaki persegi.

Bagi Projek PPA1M Putrajaya yang dirasmikan pada 18 April 2013, perdana menteri berkata kerajaan merancang pembinaan sebanyak 17,530 unit rumah melalui tiga fasa dan dijangka siap menjelang 2020.

“Hari ini, sejumlah 1,000 unit kediaman PPA1M Selasih Presint 17 bakal dimiliki oleh para penjawat awam daripada kumpulan Gred S41 dan ke bawah,” katanya, sambil menyifatkan projek PPA1M Selasih itu antara yang terbaik yang disediakan kerajaan. – BERNAMA

Tags: PPA1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tambah Unit PPA1M Harga RM90K-RM120K

02/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menimbang cadangan menambah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada harga RM90,000 hingga RM120,000 selewat-lewatnya...

Pembinaan PPA1M Plus N.Sembilan Dimulakan

26/04/2018
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini merasmikan upacara mula kerja bagi pembinaan 360 unit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd