• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SADA Sedia Agih 2.2 Juta Liter Air Pada Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) sudah bersedia untuk mengagihkan sebanyak 2.2 juta liter air sehari sekiranya berlaku krisis gangguan air sepanjang musim perayaan nanti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd Ghani Zainuddin berkata jumlah itu adalah sekali ganda berikutan persediaan yang rapi dilakukan oleh pihaknya berdasarkan pengalaman tahun lepas.

“Tahun ini kita membuat persiapan yang lebih baik dengan menyediakan 127 lori memandangkan SADA mengenal pasti lebih banyak kampung yang bakal terjejas iaitu 257 buah kampung.

“Operasi penghantaran air menggunakan lori bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam dan sekiranya keadaan semakin buruk, kita akan hantar 24 jam selama tujuh hari semasa Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media khas selepas taklimat dan persiapan terakhir menangani masalah air menjelang Aidilfitri di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Datuk Badrul Hisham Hashim.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din yang mempengerusikan sesi taklimat sebelum itu berkata, beliau berpuas hati dengan semua persiapan kontingensi gangguan bekalan air yang dilakukan semua pihak termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Bomba sepanjang Aidilfitri nanti.

“Cuma kita agak kecewa apabila loji Pokok Sena yang dijangka siap pada tahun ini, masih belum dapat beroperasi seperti yang dirancangkan. Sekiranya beroperasi kelak, bekalan air di kawasan Pokok Sena dan Kota Setar dijangka selesai.

“Lima projek loji yang lain iaitu Loji Rawatan Air Pelubang, Loji Rawatan Air Bukit Selambau (Merbok), Loji Rawatan Air Sungai Limau (Baling), Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama dan Loji Rawatan Air Jenun Baru (Yan dan Pendang) masih dalam peringkat penilaian,” katanya.

Sementara itu, Badrol Hisham menjelaskan, satu taklimat mengenai pelan kontingensi gangguan air akan turut diberikan kepada wakil rakyat pembangkang.

“Isu ini berkaitan rakyat, kami mahu semua pihak mendapat maklumat bagi memastikan tiada masalah berlaku hingga membebankan rakyat nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airSADA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd