• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN & China Sambut Baik Usaha Sama Proton-Geely

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara anggota ASEAN dan China kini dalam jangkauan bagi Proton untuk memasarkan keretanya susulan perjanjian perkongsian strategik baru-baru ini dengan Geely Holding Group Co. Ltd., China kata ahli geostrategi, Dr. Azmi Hassan.

“Satu perkara yang jelas sejak dari awal lagi, Geely menyasarkan pasaran global kerana ia merupakan model perniagaannya selama ini. Di peringkat awal lagi, Malaysia berada dalam kedudukan yang baik sebagai gerbang masuk ke pasaran ASEAN,” katanya kepada Bernama hari ini.

Di Geely, yang antara lain memiliki Volvo sepenuhnya, pembuat kereta nasional Malaysia ternyata mendapat rakan kongsi yang lebih baik, katanya.

Beliau bersetuju terhadap pandangan bahawa ikatan perkongsian dengan Geely dalam mengharungi pasaran kereta dunia yang sangat kompetitif merupakan peluang terbaik untuk Proton Holdings Bhd. dalam sejarahnya.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd., Datuk Seri Faisal Albar baru-baru ini berkata Geely terbukti merupakan rakan kongsi yang komited dalam segala usaha, membantu setiap syarikat yang diperoleh kepentingan supaya pulih menggunakan tahap pelaburan yang bersesuaian serta suntikan besar dalam teknologi dan inovasi.

Dr. Azmi berkata dalam perniagaan pembuatan kereta, tidak masuk akal untuk penggiat bergerak bersendirian, terutama sekali bagi Proton, yang telah lama berjuang untuk hidup dengan menjual kereta terutama untuk pasaran domestik.

“Untuk membiarkan Proton terus menjual dalam pasaran tempatan sahaja, akan menjurus kepada kehancurannya. Proton mesti mampu untuk menguasai pasaran ASEAN terutama ketika halangan tarif sudah dimansuhkan dalam kawasan berkenaan. Saya nampak Geely menyasarkan Malaysia melalui Proton untuk bertapak di ASEAN,” katanya.

Beliau menyifatkan ASEAN yang mempunyai kira-kira 600 juta penduduk, sebagai pasaran kereta yang berkembang pesat, dan bersama Geely, yang mengeluarkan satu juta kereta setahun di seluruh dunia, Proton juga akan dapat mengeluarkan kereta yang berkualiti lebih baik pada harga yang lebih rendah, hasil daripada skala ekonomi yang menguntungkan.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya menganggap saya mempunyai kepentingan dalam Proton, dan saya melihat model perniagaan Geely sangat sesuai bagi rakyat Malaysia yang menganggap Proton sebagai ikon negara kita,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd