• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benjamin Mora ‘Turun Pangkat’, Kembali Latih JDTII

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurulatih Johor Darul Ta’azim (JDT), Benjamin Mora yang memulakan tugas sejak Januari lepas, akan kembali melatih skuad Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ketika baki saingan Liga Malaysia akan bersambung bulan depan.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengesahkan perkembangan terbaru itu dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, hari ini.

Menurut beliau, Mora akan kembali kepada peranan asalnya selaku ketua jurulatih JDT II kerana jurulatih berusia 51 tahun itu hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama.

“Pemain muda yang dapat kita lihat pada masa ini seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh,” katanya.

Dalam pada itu, Edwards berkata pihaknya akan mengumumkan nama ketua jurulatih baharu JDT dalam masa terdekat ini.

“Pada masa ini, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan memikul sementara tugas jurulatih ini,” katanya.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan itu membawa masuk dua muka baharu iaitu Mohammed Ghaddar dari Lubnan dan pemain yang berasal dari Sepanyol, Ignacio Insa Bohigues bagi menghadapi baki saingan Liga Super.

Insa merupakan tonggak penting Lavente (Liga Sepanyol) ketika pasukannya berjaya dipromosi ke saingan La Liga pada musim 2017/2018. – BERNAMA

Tags: Benjamin MoraJDTII
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benjamin Mora Tidak Bimbang Dengan Kedudukannya

04/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Benjamin Mora tidak bimbang dengan kedudukannya sebaliknya masih yakin mampu mengubah...

JDT Terperanjat PKNS Guna Formasi 5-3-2

26/05/2017
0

KUALA LUMPUR - "Saya tidak mengukur pemain-pemain saya dengan jumlah gol yang mereka sumbangkan walaupun ia satu benda yang perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd