• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Umum mengetahui santan kelapa adalah antara resepi utama untuk menghasilkan cendol, namun berbeza bagi seorang peniaga yang menggunakan santan kelapa sawit untuk menyediakan pencuci mulut itu.

Md Fozi Shamsudin, 43, yang menjalankan perniagaan di Taman Bernam Baru di sini berkata beliau dan isteri Norasida Bujang, 45, memperoleh resepi itu daripada saudaranya di Negeri Sembilan sebelum menjualnya kepada pelanggan.

“Saya mahu mencari kelainan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang membeli cendol kerana cendol biasa yang kami jual kurang mendapat sambutan.

“Saya dan isteri pergi ke sebuah pasar raya dan di situ ada jual santan sawit dan kami membelinya kemudian gunakan untuk menghasilkan cendol yang kami cuba terlebih dahulu.

Rasanya memang sedap sebab itu saya berani jual dan ramai pelanggan puas hati dan kata (cendol) sedap. Alhamdulillah kini saya sudah ada pelanggan tetap,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Berkongsi mengenai penghasilan cendol istimewanya itu, bapa kepada empat orang anak itu berkata beliau menggunakan 30 kilogram santan untuk tempoh seminggu.

“Satu balang besar perlu menggunakan tiga peket santan. Setiap hari saya akan buat satu atau dua balang santan dan satu balang cendol,” katanya sambil menambah perniagaannya beroperasi setiap hari mulai 10 pagi hingga 7 petang.

Md Fozi berkata untuk menarik lebih ramai pelanggan, beliau menyediakan cendol mengikut dua saiz bekas iaitu saiz kecil berharga RM3, manakala saiz besar dijual pada harga RM5.

“Pelanggan yang mahu tambah perisa seperti jagung, kacang atau pulut, kami kenakan tambahan 50 sen bagi setiap perisa manakala untuk semua perisa atau dipanggil cendol ‘special’ mereka perlu tambah RM1.

Pada masa akan datang, saya akan menambah perisa lain seperti durian yang kini menjadi permintaan ramai. Selain cendol, saya turut menjual air batu campur, taufu fa dan soya panas,” katanya yang turut mengambil tempahan untuk majlis keraian.

Beliau yang mengusahakan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu berkata tidak menyangka cendolnya menarik perhatian pelbagai golongan termasuk selebriti dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri Tun Jeanne Abdullah.

“Saya tidak menyangka Pak Lah dan isterinya datang minum cendol saya. Beliau tahu perniagaan saya ini selepas ia tular di laman sosial dan menyatakan cendol saya sedap,” katanya. – BERNAMA

Tags: cendolminuman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lelaki Rosakkan Makanan, Minuman Di Pasar Raya

21/06/2019
0

NILAI - Polis sedang memburu lelaki yang terlibat dalam satu rakaman video merosakkan barang makanan di kedai serbaneka di sebuah...

Murah Tapi Berharga, Mas Kahwin Segelas Cendol

18/02/2019
0

INDONESIA - Segelas cendol dipilih sebagai mas kahwin buat pasangan pengantin baru di Indonesia hingga tular di media sosial. Tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd