• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tradisi Pelita Raya Hiasi Dataran Merdeka

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mengimbas suasana tradisi menjelang Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi, 500 pelita menghiasi sebahagian Dataran Merdeka sempena Malam Tujuh Likur@Dataran Merdeka bermula malam ini sehingga 24 Jun.

Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur Khairul Anuar Mhd Juri berkata pemasangan deretan pelita di bahagian belakang dataran itu adalah penganjuran kali ketiga, yang bertujuan menyemarakkan semula keunikan budaya Melayu terutamanya kepada pelancong asing.

“Menjadi tradisi orang Melayu memasang lampu pelita ketika Ramadan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Namun tradisi ini semakin dilupakan terutamanya di bandar seperti di Kuala Lumpur, jadi kita harap program ini akan mengembalikan nostalgia malam tujuh likur ini, ” katanya kepada Bernama selepas merasmikan acara tersebut.

Selain pemasangan pelita, Khairul Anuar berkata suasana Dataran Merdeka juga dimeriahkan dengan acara Iftar@KL 2017 pada setiap hujung minggu sepanjang Ramadan ini.

Katanya program berbuka puasa secara beramai-ramai itu setakat hari ini menarik lebih 60,000 orang termasuk pelancong dari luar negara. – BERNAMA

Tags: pelita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya

26/06/2017
0

HARI Raya Aidilfitri seakan suram dan tidak meriah tanpa nyalaan cahaya pelita yang menerangi halaman rumah masyarakat yang merayakannya. Tradisi...

Semangat Nak Raya, Jari Tersepit Dalam Pelita

05/07/2016
0

KUANTAN: Keasyikan seorang remaja lelaki memasang pelita bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri menjadi pengalaman buruk apabila sebatang jarinya tersepit di dalam pelita....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd