• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hulu Langat Bakal Berdepan Satu Lagi ‘Azab’

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU LANGAT – Selepas ditimpa musibah banjir teruk akibat hujan semalam, penduduk daerah ini bakal berhadapan dengan satu lagi ‘azab’ iaitu masalah ketiadaan bekalan air bersih.

Ia ekoran hujan lebat di kawasan loji rawatan air (LRA) Sungai Langat lewat petang semalam mengakibatkan kekeruhan tinggi di sumber air mentah Sungai Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, masalah kekeruhan tinggi di sungai itu akan turut menjejaskan bekalan air bersih di Petaling dan Kuala Lumpur.

“Demi memastikan air terawat daripada LRA mematuhi standard kualiti air minuman, kadar pengeluaran air terawat terpaksa dikurangkan untuk merawat kekeruhan air mentah.

“Pengurangan kadar pengeluaran air terawat dijangka akan mengganggu bekalan air dan tekanan air di kawasan Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Syabas, bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke kawasan yang terlibat. Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS to 15300 (Taip Tanker Nama dan Alamat).

Beberapa penduduk mendakwa banjir berlaku disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak sempurna dan kerakusan projek-projek komersial di daerah yang ditadbir kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu.

Antara kawasan terjejas Kampung Sungai Serai Batu 12; Kampung Batu 13; Taman Nanding; Pekan Batu 14; Masjid Batu 16; Dusun Tua Batu 16; Dusun Tua Seberang Batu 17; Institut Kemahiran Belia Negara dan Dusun Tua Batu 17.

Turut terlibat, Kampung Batu 17; Balai Polis Batu 18; Kampung Jawa Batu 18; Kampung Tanjung Batu 18; Pekan Batu 18; Kampung Kuala Perdik Batu 19; Kampung Haji Hassan Batu 20 1/2; Kampung Lubok Kelubi Batu 22 dan Batu 22/Batu 23 Sungai Lui. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bekalan air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd