• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mersing Destinasi Pelancongan Utama Serantau

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Beberapa inisiatif strategik dirangka bagi mengukuhkan kedudukan Mersing sebagai sebuah destinasi pelancongan serantau sekali gus mewujudkan limpahan positif terhadap sosioekonomi tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata pihaknya bersama kerajaan negeri sedang bekerjasama melaksanakan matlamat itu.

Sejajar dengan agenda itu, satu kompleks Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Kraftangan Mersing akan dilancarkan September ini.

“Pembangunan Kompleks PKS dan Kraftangan ini merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk melonjakkan Mersing dan pulau-pulau sekitarnya sebagai destinasi pelancongan utama di sini selain menyediakan peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk komuniti tempatan seiring dengan Agenda Transformasi Nasional,” kata beliau dalam kenyataan, di sini.

“Kompleks itu akan menempatkan lebih 50 unit lot kedai dan kios yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman tempatan serta barangan kraftangan yang unik selain dijangka akan menjana lebih 100 peluang pekerjaan dan keusahawanan baharu di Mersing.

Issace berkata kompleks itu akan memberi keutamaan kepada peniaga dan usahawan komuniti B40 yang telah menerima manfaat daripada program-program latihan keusahawanan yang dianjurkan ECERDC, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Ia juga akan dilengkapi kemudahan asas untuk orang awam termasuk kaunter informasi, dewan pameran, surau, lot parkir dan taman permainan kanak-kanak yang akan menjadikan kompleks itu pusat sehenti dan secara tidak langsung akan mengukuhkan dan menyokong sektor pelancongan di daerah itu.

Sementara itu, kedudukan Mersing sebagai hab pengeluaran perikanan akan diperkukuhkan dengan pembangunan Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-Mersing yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini.

“Ia akan dilengkapi infrastruktur yang diperlukan serta perkhidmatan sokongan seperti bilik sejuk, kilang ais, kemudahan kilang untuk perusahaan PKS dan bot-bot nelayan.

Selain itu, ia juga bagi memastikan bekalan bahan mentah yang konsisten untuk PKS serta bakal meningkatkan kualiti produk berdasarkan piawaian keselamatan makanan dan daya jejak antarabangsa yang akan meningkatkan prospek produk-produk berasaskan ikan yang dieksport.

Taman itu akan diuruskan Model Pengurusan Taman PKS bagi mengurangkan kos kemasukan PKS dan projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 3,000 rakyat yang terlibat dalam industri perikanan di daerah ini.- BERNAMA

Tags: Mersing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalan Utama Ke Mersing Ditutup, Pengguna Dinasihat Guna Laluan Alternatif

Jalan Utama Ke Mersing Ditutup, Pengguna Dinasihat Guna Laluan Alternatif

26/01/2023
0

KOTA TINGGI: Pengguna dari arah Kota Tinggi ke Mersing dinasihati menggunakan laluan alternatif apabila Kilometer 60, Jalan Kota Tinggi-Mersing ditutup...

Aktiviti Selam Skuba Di Mersing Dihentikan

07/04/2022
0

Mersing : Aktiviti selam skuba atau snorkeling di perairan Daerah Mersing di sini arahkan dihentikan berkuat kuasa serta merta. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd