• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dijel 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’ Kelantan

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki bakal menyambut Aidilfitri kali ini di sebalik tirai besi selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya kerana menipu seorang usahawan perabot kononnya boleh mendapatkan anugerah Dato’ Tengku Kerabat Diraja Kelantan, dua tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar membuat keputusan itu selepas berpuas hati apabila pembelaan tertuduh, Mohd Azmi Ahmad Zahari, 53, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam belanya, Faizal Rahman untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selesai.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 15 Ogos tahun lepas.

Mohd Azmi didakwa menipu Yunus Hashim, 48, untuk mempercayai bahawa dia boleh mendapatkan anugerah Dato’ Tengku daripada Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan, padahal ia tidak sah mengikut Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Tindakan tertuduh itu telah mendorong Yunus untuk menyerahkan sekeping cek CIMB Islamic Cawangan Bandar Baru Klang bernilai RM70,000 bertarikh 1 April 2015.

Mohd Azmi didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7 di sini, kira-kira 2 petang pada 31 Mac 2015 dan dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang bekerja sebagai pemandu teksi perlu menyara isteri dan lima anak, yang tiga daripada mereka masih bersekolah selain perlu menyara ibu berusia 74 tahun yang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh, iaitu dia seolah-olah telah mempermainkan nama baik institusi kerabat Diraja Kelantan.

“Tertuduh sepatutnya lebih berhati-hati dalam hal-hal melibatkan institusi diraja khususnya dalam kes ini kerabat Diraja Kelantan. Justeru hukuman berat wajar dikenakan bagi melindungi kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada bakal-bakal pesalah lain supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anugerah Dato'dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd