• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cedera Ditembak Dihadap Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
16/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang ditembak di hadapan sebuah bank di sini pada minggu lepas, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak dua individu yang sedang membawa wang tunai RM200,000 menggunakan parang serta menyebabkan kecederaan.

S. Kumaran, 21, yang mengalami kecederaan di bahagian paha, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad.

Tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas merompak dua individu berkenaan yang sedang membawa wang tunai itu di dalam sebuah beg, dengan menggunakan sebilah parang dan telah menyebabkan kecederaan semasa melakukan kesalahan itu.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di luar bangunan bank berkenaan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, kira-kira 2.15 petang pada 9 Jun lepas dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Nik Nasimah membenarkan Kumaran dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang bekerja di sebuah klinik swasta di Pandan Jaya, Pandan, dekat sini, melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi sementara Kumaran diwakili peguam Shalehhuddin Salam.

Media sebelum ini melaporkan dua lelaki tidak sempat melarikan wang tunai RM200,000 yang disamun daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri apabila seorang daripada mereka ditembak oleh pengawal peribadi mangsa di hadapan sebuah bank di Taman Sri Muda. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahkes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd