• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Juruterbang Diterbangkan Ke Kampung Halaman

oleh Ahmad Albab
16/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 ketika menjalani sesi latihan semalam, dibawa menaiki pesawat untuk dikebumikan di kampung masing-masing pagi ini.

Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, diterbangkan berasingan dengan menaiki pesawat EC725 dan Charlie C130H pada 8.15 dan 9 pagi tadi dari Pangkalan TUDM Kuantan sambil diiringi anggota keluarga mereka.

Jenazah Mohd Hasri dibawa pulang ke Felda Lui Muda, Jempol Negeri Sembilan, manakala jenazah Yazmi pula dibawa ke Pangkalan TUDM Subang sebelum dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa.

Lebih 200 anggota dan pegawai daripada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia turut berada di Pangkalan TUDM sejak awal pagi bagi memberi penghormatan terakhir terhadap kedua-dua mangsa.

Sebelum itu jenazah kedua-duanya dimandi dan disolatkan berasingan di Surau Al-Taqwa, Pangkalan TUDM Kuantan sejurus tiba dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 5.45 pagi, sebaik urusan bedah siasat selesai pada 5.15 pagi.

Solat jenazah diimamkan Pegawai Agama Pangkalan TUDM Kuantan Mejar Mohd Zaki Kassim dengan disertai kira-kira 200 anggota keluarga, pegawai dan kakitangan badan beruniform itu.

Jenazah Mohd Hasri atau dikenali sebagai ‘fixer’ dalam kalangan anggota TUDM dan Yazmi sebagai ‘caser’ dibawa menaiki dua van jenazah dan diiringi anggota polis trafik, kenderaan rasmi TUDM serta kenderaan yang membawa anggota keluarga mereka dari HTAA.

Turut kelihatan di surau, isteri Mohd Hasri, Asysyuhadak Ahmad, 30, dan anak tunggal mereka Nur Hafiya, tujuh bulan, serta isteri Yazmi, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak mereka, Mikhail Adam Riaz, 11, Mukriz Anwar Riaz, 10, Muaz Addin Riaz, 7, Mika Adden Riaz, 4, Mika Ayman Riaz, 4, dan Musa Akhtar Riaz, 3.

Kesemua mereka yang kelihatan tenang ketika mengiringi kedua-dua jenazah menaiki pesawat berasingan.

Keranda kedua-dua jenazah turut dibalut dengan Jalur Gemilang dan bendera TUDM. Pegawai serta anggota TUDM kelihatan beratur bagi memberikan penghormatan terakhir ketika van yang membawa jenazah meninggalkan perkarangan surau.

Yazmi dan Mohd Hasri terkorban selepas pesawat Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Jasad mereka ditemukan pada 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter daripada satu sama lain dan masih memakai payung terjun masing-masing.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi, sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan setengah jam kemudian. – BERNAMA

Tags: jenazahJuruterbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd