• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Jadi ‘Gila’ Beyonce Dikatakan Bakal Bersalin

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG pop dan pelakon antarabangsa Beyonce dikatakan bakal melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan kini berada di hospital, lapor beberapa portal hiburan Amerika Syarikat hari ini.

Khabar angin itu sedang hangat diperkatakan di Twitter apabila netizen melaporkan mereka berasa pelik kerana terdapat kawalan keselamatan yang ketat di luar sebuah hospital di bandar Los Angeles.

Selain itu, seorang peminat megastar itu turut melaporkan bahawa dia ternampak Beyonce tiba di hospital yang dirahsiakan namanya itu.

Menurut laporan akhbar New York Daily News, rakan pasangan Jay Z dan Beyonce iaitu rapper DJ Khaled telah memberitahu semua pelanggan yang sedang menikmati makan malam di restoran Melba’s di Harlem bahawa penyanyi Single Ladies itu telah pun selamat melahirkan anak kembarnya Selasa lalu.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa salah seorang pekerja Jay Z di kelab malam 40/40 miliknya memberitahu pasangan itu menyambut kelahiran sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Selain itu, laman web berita selebriti Hollywood Life berkata satu sumber terdekat dengan pasangan itu mengesahkan bahawa pasukan keselamatan mereka telah membawa dua kerusi bayi ke hospital.

“Beyonce dijadualkan untuk bersalin semalam dan dia kerap menghadiri sesi konsultasi dengan pakar sakit puan di beberapa lokasi berbeza. Namun, ‘lawatan’nya ke hospital kali ini agak istimewa,” tambah sumber itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: beyonce
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akhirnya, Beyonce ‘Tayang’ Anak Kembar Di IG

16/07/2017
0

SELEPAS beberapa ketika 'menghilangkan' diri, penyanyi superstar Beyonce akhirnya berkongsi gambar anak kembarnya di dalam Instagram. Gambar tersebut sememangnya dinanti-nantikan...

Beyonce Namakan Anak Sempena Penyair Islam

03/07/2017
0

SELEPAS mengumumkan berita kehamilannya menerusi akaun Instagram pada Februari lalu, penyanyi Beyonce sering mendapat perhatian peminat yang mahu mengikuti perkembangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd