• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Mengaku Tidak Bersalah Rusuh Depan Surau

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Enam lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan melakukan rusuhan hingga menyebabkan kecederaan di hadapan Surau Austin Perdana, di sini, pada 5 Mei lepas.

Keenam-enam tertuduh iaitu Toh Chai Eun, 28; Nor Haszman Hashim, 46; Norfriandika Kusuma, 22; Robert Anak Bajak, 55; Haslan Masahat, 55 dan Muhamad Akhmarul Naim Amir, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dihadapan Majistret Salina Omar.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada kira-kira 1.30 tengah hari, 5 Mei lepas mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret membenarkan semua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 5 Mei lalu, satu video tular di laman sosial Facebook yang menyaksikan sekumpulan lelaki memukul pemandu kereta yang dipercayai berpunca apabila pemandu terbabit membunyikan hon kenderaan semasa solat Jumaat hingga menimbulkan kemarahan mereka. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

18/07/2026
0

SEREMBAN - Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mengkritik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang...

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd