• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Keluar Amaran Penipuan Mesej Palsu

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan amaran kepada ahlinya mengenai mesej palsu dan penipuan yang diedarkan menerusi media sosial, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata ia sudah mengenal pasti SMS palsu yang dihantar kepada ahli dengan mendakwa KWSP akan menyekat akaun mereka dalam tempoh 24 jam, kecuali mereka menghubungi nombor telefon yang diberikan.

“Mesej rasmi daripada KWSP akan memaparkan kod ringkas lima digit sebagai pengenalan penghantar (ID), dan mesej itu tidak dihantar kepada ahli menggunakan nombor mudah alih peribadi,” kata dana pencen terbesar negara itu.

KWSP berkata terdapat sindiket atau ejen yang aktif mempromosi perkhidmatan mereka menerusi media sosial, dengan menawarkan bantuan kepada ahir yang mahu mengeluarkan simpanan KWSP dan dikenakan bayaran fi.

Ada kes yang melibatkan penghantaran dokumen palsu bagi memudahkan kelulusan pengeluaran oleh ejen-ejen ini.

“KWSP tidak melantik atau membenarkan permohonan pihak ketiga untuk mengeluarkan simpanan. Ahli yang layak boleh membuat pengeluaran daripada akaun masing-masing terus daripada KWSP tabpa bayaran,” katanya.

KWSP mengingatkan ahli supaya berhati-hati apabila menerima mesej berkaitan KWSP dan tidak terpedaya dengan mesej palsu, selain mengelak daripada melayani SMS/ WhatsApp atau sebarang urusan dengan penghantar mesej.

Untuk penjelasan dan maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Hubungan KWSP di 03-89226000 atau mengunjungi kaunter-kaunter KWSP di seluruh negara.

Ahli juga boleh merujuk pautan mengenai maklumat palsu KWSP di : www.kwsp.gov.my/portal/en/web/kwsp/general/chain-emails. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd