• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Contoh Terbaik Gagasan 1Malaysia – Radin

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM – Cara masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan kepercayaan menjalani kehidupan harian boleh dijadikan contoh terbaik aspirasi gagasan 1Malaysia, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh.

Sebagai contoh katanya, orang bukan beragama Islam yang hadir bersama penganut Islam dengan suasana harmoni ketika berbuka puasa merupakan fenomena biasa yang boleh disaksikan di seluruh pelosok negeri ini.

“Realitinya semangat saling hormat-menghormati dan kasih sayang ini telah menjadi budaya antara semua kaum berbilang agama…ini yang sangat unik dan menarik di Sabah, sebagaimana yang anda lihat pada hari ini,” katanya kepada Bernama pada Majlis Iftar Semarak Ramadan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama Pemimpin Daerah Tenom 2017 di sini semalam.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Melalap mahu supaya semangat perpaduan antara kaum terus dipelihara bagi memastikan keamanan negara yang dikecapi kini terus dipertahankan.

Menurutnya, perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini telah wujud sejak sekian lama terutama dalam kalangan masyarakat kampung dan suasana itu kini sedang diperkukuhkan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan di bandar.

Radin yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yakin rakyat di negara ini akan terus menikmati kehidupan yang harmoni tanpa tekanan sekiranya budaya saling menerima dan menghormati perbezaan itu dapat dikekalkan. – BERNAMA

Tags: 1MalaysiaDatuk Seri Radin Malleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan DAP ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’ Semangat Sama Konsep ‘1Malaysia’ – Jamaliah

Slogan DAP ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’ Semangat Sama Konsep ‘1Malaysia’ – Jamaliah

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - Slogan DAP 'Malaysia Untuk Rakyat Malaysia' mempunyai semangat yang sama seperti slogan '1Malaysia' Naib Ketua...

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd