• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rozita Che Wan ‘Sound’ Pengkid Ganggu Isteri Orang

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHAD lalu, heboh di Instagram apabila Rozita Che Wan memuat naik gambar seorang pengkid yang dikatanya mengganggu rumahtangga orang.

BACA:  Diganggu Pengkid, Che Ta Mengamuk Di Instagram?

Ramai yang menyangka individu tersebut mengacau Rozita atau Che Ta, namun rupanya dia bukan marah dirinya diganggu, sebaliknya posting tersebut bertujuan untuk membantu saudara sendiri!

Allah dah bagi kau jadi pompuan kau nak jadi jantan !!! Dah jadi jantan , kau kacau bini orang!!!! Kau nak jadi apa sebenaqnya????? Jadi syaiton ka????? . Kau dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik!!!! Bulan- bulan posa ni muhasabah la diri !!!!. Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain!!! Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan kau!!! Pujuk tk makan saman, marah pun kau tak heran , ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq muka ala2 jantan kau dik!. DELLADELLON . . NAK TAK I BAGI BUKTI YG KAU MEMANG KACAU BINI ORANG???? I ADA GAMBAR!!! INSTA STORY & SCREENSHOOT WASSUP!!! Ada BRAN??? #beranipulakdianafi

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on Jun 10, 2017 at 7:31pm PDT

Kata Che Ta, sebelum ini teguran secara baik langsung tidak dipedulikan sehingga membuatkannya terpaksa memberikan ‘amaran’ menerusi laman sosial peribadinya.

“Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan pengkid hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah.

“Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu cecah usia 9 bulan juga diabaikan. Karakter isterinya itu berubah dan dia jadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit.

“Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri. Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik.

“Namun keadaan semakin melarat. Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang,” katanya kepada BH Online.

Benar-benar hilang sabar, Che Ta juga memberi amaran kepada individu tersebut yang juga merupakan seorang penyanyi suam-suam kuku itu bahawa dia ada menyimpan bukti perbualan kedua-duanya.

Moral of the story adalah, jangan sesekali buat Che Ta marah kerana habis kiri, kanan, depan dan belakang ‘dilibas’nya okay!

“Ramai lagi orang di luar sana, kenapa perlu mengganggu isteri orang? Adakah setelah diberi amaran, dia menganggap dirinya seperti dicabar?

“Saya tahu dia menafikan perkara ini kepada media dan anggap diri tidak bersalah, namun saya ada bukti,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rozita Che Wan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Che Ta Menyesal Lambat Pakai Tudung

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika ramai rakan artis lain kembali membuka hijab dengan pelbagai alasan, nampaknya pelakon dan pengacara Che Ta...

Permohonan Maaf Sehingga Jam 6 Petang, Kata Che Ta

15/03/2019
0

PELAKON, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat sidang media berhubung bekas pemandu peribadi, Muhamad Riduan untuk permohonan maaf secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd