• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Anwar Pujuk Lompat Parti Untuk 16 September” – Puad

oleh Ahmad Albab
17/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Seri Puad Zarkashi berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengajaknya menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Menurut portal The Malaysian Insider, pujukan tersebut berlaku empat hari selepas tarikh 16 September 2008 yang diulang-ulang pihak pembangkang sebagai ‘tarikh keramat’ dalam pertukaran tampuk kerajaan persekutuan.

Puad yang jadi saksi pembela Datuk Seri Anifah Aman dalam kes saman Anwar terhadap Menteri Luar itu berkata, dalam perbualan telefon bersama ketua pembangkang tersebut, Anwar memberitahu, peristiwa ’16 September’ pasti akan berlaku kerana PR telah memiliki bilangan yang cukup, cuma memerlukan seorang lagi ahli parlimen Melayu dari Johor, sepertinya.

Ujar beliau, “Plaintif (Anwar) juga menyatakan dengan nada meyakinkan 4 sultan bersetuju dan menyatakan sokongan kepada PR untuk ambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan. Antara negeri yang disebut ialah Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor.”

Selain itu, Anwar juga berjanji kepadanya agenda Melayu akan dilindungi sekiranya beliau jadi perdana menteri.

Walau bagaimanapun, Puad berkata, dia gementar dengan pujukan Anwar itu  kerana khuatir dengan kemurkaan sultan. Ujarnya lagi, dia kemudian meminta izin plaintif untuk pulang ke rumah dan melakukan solat istikharah lantas perbualan mereka terhenti setakat itu.

Panggilan terhadap Anwar dibuat melalui wakilnya, Dr Abdul Rahim Ghouse pada 20 September 2008, jam 2 pagi ketika Puad dan Rahim bertemu di Batu Pahat.

Jelasnya, Rahim turut cuba meyakinkannya untuk menyertai PR, dan memberi jaminan tentang rancangan 16 September akan berlaku dalam beberapa minggu, atau sekitar 25 September.

“Saya menceritakan kepada Rahim apa yang plaintif beritahu saya. Rahim cakap dengan saya, “Kalau BN tumbang, siapa akan jaga Johor?”

Nmun demikian, selepas pulang dari pertemuan tersebut, Puad bermimpi sekiranya dia menandatangani surat menyokong Anwar, ia bermakna dia sanggup menggadai negaranya.

“Saya dihubungi Rahim sekitar tengahari pada hari tersebut dan memberitahu beliau, ‘You tell Anwar, tumbang, tumbanglah, I am prepared to be the opposition but I will not sign the letter (saya bersedia menjadi pembangkang tetapi tidak akan menandatangani surat itu)‘.”

saifudin

Dalam prosiding sama juga, Puad mendedahkan, sebelum 16 September, beliau pernah didekati Setiausaha Agung PRK, Datuk Saifuddin Nasution Ismail semasa program ‘lawatan sambil belajar’ ke Taiwan anjuran Kelab Penyokong BN bersama 30 ahli parlimen BN yang lain.

Tujuan sebenar program tersebut dianjurkan ialah untuk mengelak daripada percubaan ahli parlimen pembangkang berhubung dengan ahli Parlimen BN.

“Pada ketika itu, sesiapa yang tidak mengikuti program tersebut ke Taiwan, mereka akan jadi suspek atau disyaki akan melompat parti. Kami berangkat ke Taiwan beberapa hari sebelum tarikh 16 September 2008.

“Semasa berada di Taiwan, saya dihubungi Saifuddin Nasution melalui telefon di bilik hotel penginapan saya di Taiwan sekitar jam 2 pagi dan menyatakan beliau juga berada di Taiwan bersama Tian Chua dan Fuziah Salleh.

“Mereka juga menginap di hotel yang sama kami menginap di Taiwan.”

Puad menambah, Saifuddin dan rakan-rakannya dapat menghidu kehadiran mereka di situ setelah mendapat informasi daripada seorang ahli parlimen Taiwan.

Namun, beliau menolak untuk bertemu Saifuddin ketika itu walaupun Saifuddin mendakwa telah bertemu dengan ahli parlimen BN seperti Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Datuk Richard Riot.

Ahli parlimen BN kemudiannya bertolak ke Macau untuk mengelak terus diganggu pihak pembangkang, sebelum pulang ke tanahair pada 18 September setelah hasrat PR mengambil alih tampuk kerajaan gagal.

Dalam prosiding tersebut, Anwar mengemukakan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Anifah setelah didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah pada sidang akhbar di Washington bersama Hillary Clinton. – MYNEWSHUB.CC

Video Kenyataan Media Datuk Seri Anifah Aman Bersama Hillary Clinton Di Washington

Tags: BNJohorpakatan rakyatPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd