• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Khas Minyak Sawit Ke EU Buahkan Hasil Positif

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Misi khas minyak sawit Malaysia ke Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis pada 12-13 Jun, 2017 bagi membincangkan resolusi Kesatuan Eropah (EU) mengenai komoditi itu serta pembasmian hutan, ternyata membuahkan hasil menerusi beberapa pertemuan positif dengan Ahli Parlimen Eropah (MEP) dan pihak berkepentingan terbabit.

Misi diketuai oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong itu antara lainnya membincangkan resolusi berkenaan dengan pihak Suruhanjaya EU dan MEP.

Ini termasuk perbincangan dengan anggota berpengaruh Parlimen Eropah itu seperti Pesuruhjaya Alam Sekitar, Hal Ehwal Maritim dan Perikanan EU, Karmenu Vella serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Penyelidikan dan Tenaga Parlimen Eropah, Jerzy Buzek.

“Mesyuarat itu menumpukan kepada cadangan Suruhanjaya Eropah berikutan kelulusan Resolusi Resolusi Parlimen Eropah mengenai Minyak Sawit dan Pembasmian Hutan pada 4 April, 2017.

“Apa yang penting adalah misi ini menjadi bukti bahawa minyak sawit Malaysia (dilaksanakan) secara telus dan kita mampu mempertahankan haknya,” kata Mah dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam sesi mesyuarat berkenaan, beliau menjelaskan pendirian, dasar kebangsaan dan pelbagai tindakan dilaksanakan Malaysia dalam industri itu bagi memastikan negara ini kekal sebagai peneraju global untuk mencapai Sasaran Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya berkaitan industri minyak sawit.

Kalangan MEP berkenaan turut diberi penjelasan mengenai komitmen berterusan Malaysia dalam usaha penanaman minyak sawit secara lestari, terutama keputusan kerajaan baru-baru ini yang mewajibkan para pengeluar dan pemproses mematuhi Pensijilan Minyak Sawit Mapan (MSPO) yang disasarkan untuk dicapai menjelang akhir 2019, katanya.

“Pihak Pesuruhjaya dan MEP itu menyambut baik usaha Malaysia dan turut menghargai persiapan negara ini menggariskan sasaran mapan yang sebegitu tinggi bagi industri berkenaan,” katanya.

Mah turut menyifatkan penerimaan oleh MEP berkenaan terhadap amalan minyak sawit lestari itu sebagai peluang bermakna untuk Malaysia serta memperakui keperluan untuk mengetengahkan semua usaha dan hasil positif itu, khususnya kepada pihak akhir dan pengguna minyak sawit.

“Buat masa ini, penghargaan terhadap peranan Malaysia memacu agenda kemapanan itu kurang diketahui kalangan mereka di luar lingkungan industri minyak sawit itu,” katanya.

Selain itu, Mah turut mengadakan tiga sesi perbincangan meja bulat dengan kumpulan pihak berkepentingan minyak sawit berbeza di Eropah, termasuk Pakatan Minyak Sawit Eropah, Kumpulan Penasihat Minyak Sawit Lestari Eropah dan Pensijilan Lestari dan Karbon Antarabangsa.

“Kesemua pihak terbabit juga memberi komitmen untuk mempertingkatkan lagi kerjasama erat mereka dengan minyak sawit Malaysia dan akan terus menyokong usaha negara ini di Eropah,” katanya.

EU merupakan destinasi eksport produk minyak sawit Malaysia dengan nilainya mencecah RM10.26 bilion, tahun lepas.

Bagi tempoh Januari hingga Mac 2017, eksport produk minyak sawit ke EU bernilai RM2.78 bilion iaitu peningkatan sebanyak 27.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2016. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keongminyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd