• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Sepak Takraw Wanita ‘Berkampung’ Di Hat Yai

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw wanita negara akan ‘berkampung’ di Hat Yai, Thailand selama dua minggu bermula 8 Julai ini sebagai persiapan akhir menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Jurulatih skuad berkenaan, Mohd Fikri Mohd Nor berkata, skuad wanita negara yang terdiri daripada 17 pemain itu akan menyertai beberapa aksi persahabatan dan pertandingan dengan beberapa kelab tempatan di sana.

“Kami telah mengatur beberapa aksi persahabatan dengan beberapa kelab di Selatan Thailand iaitu di Hat Yai, Patlung dan Trang selain turut menyertai beberapa pertandingan di sana,” kata Mohd Fikri pada sidang media Program Kita Juara acara sepak takraw di sini, hari ini.

Mohd Fikri yang mula mengendalikan skuad wanita kebangsaan sejak 2009 berkata skuad itu disasarkan untuk memperbaiki kutipan pingat gangsa dalam acara antara regu yang diraih pada edisi 2015 di Singapura.

Katanya, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Indonesia dijangka menjadi pencabar kepada skuad negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.

“Walaupun Thailand sukar dikalahkan, namun saya lihat kita ada peluang untuk menewaskan negara lain seperti Myanmar dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata senarai akhir pemain akan diumumkan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Ahmad Ismail.

Ketua pasukan skuad wanita kebangsaan, Siti Norzubaidah Che Abdul Wahab berkata moral pasukan itu kini ditahap terbaik bagi memperbaiki pencapaian pingat gangsa di Singapura dua tahun lepas.

“Persiapan kini berjalan lancar dan saya lihat rakan sepasukan begitu bersemangat untuk menghadapi Sukan SEA kali ini,” kata anak jati Kelantan itu yang bakal membuat penampilan kali kelima pada Sukan SEA. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

18/07/2026
0

SEREMBAN - Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mengkritik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang...

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd