• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yana Samsudin Teringin Tambah Anak

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA macam baru tahun lalu pelakon dan pengarah Yana Samsudin menimang cahaya mata pertamanya, kan?

Meskipun usia anak lelakinya, Aisy Mateen baru mencecah 10 bulan, namun pelakon filem Bini-Biniku Gangster ini mengakui rindu untuk hamil semula.

Namun, Yana terpaksa melupakan hasrat itu buat seketika waktu kerana perlu akur dengan nasihat doktor yang mahu dia berehat seketika daripada mengandung bagi membenarkan tubuhnya sembuh sepenuhnya kesan daripada pembedahan caesarean yang dilakukan semasa melahirkan Mateen.

“Meskipun anak saya baru berusia 10 bulan, tapi keinginan untuk menimang bayi kedua membuak-buak. Tapi baru-baru ini ketika berjumpa dengan doktor, dia menasihatkan saya supaya seeloknya hamil selepas anak saya berusia dua tahun kerana anak pertama dilahirkan secara pembedahan.

“Lagipun, Mateen masih menyusu badan sepenuhnya dan kelihatan seperti sukar untuk putuskannya jika saya hamil dalam masa terdekat nanti. Jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk Mateen dahulu sebelum lahirkan anak kedua nanti,” jelasnya.

Tambah Yana lagi, dia sebenarnya mahu menambah jumlah anak kerana mahu anak-anaknya membesar bersama-sama.

Itu mungkin ‘hint’ besar Yana kepada suaminya, pelakon Fadzil Zahari agar bersiap sedia untuk menambah bilangan ahli keluarga dalam tempoh beberapa tahun ini! – MYNEWSHUB.CC

Tags: yana samsudin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ternyata Mereka Memang Jenis Selamba” – Fadzil

06/06/2018
0

ADIK pengarah, Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari mendedahkan pereka fesyen tempatan yang didakwa belum menjelaskan hutang RM10,000 sejak tiga...

Yana Samsudin Gembira Hubungan Farid, Diana Baik

20/05/2018
0

PELAKON dan pengacara, Yana Samsudin meluahkan rasa syukur apabila hubungan antara pengarah, Datuk Farid Kamil bersama isteri tercinta, Datin Diana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd