• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Imigresen & KPDNKK Dipecah Masuk

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Selepas gagal memperoleh barang berharga di pejabat Jabatan Imigresen Kedah di Tingkat Dua Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Anak Bukit di sini, sekumpulan pencuri kemudian bertindak memecah masuk pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bangunan yang sama.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd. Rozi Jidin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengah malam tadi dan hanya disedari kakitangan kedua-dua pejabat berkenaan ketika memulakan tugas pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati pencuri tersebut berjaya melarikan wang tunai hampir RM2,000 dalam kejadian di bangunan yang terletak bertentangan di Bangunan Wisma Persekutuan tersebut.

“Kami turut menjumpai beberapa kesan cap jari di kedua-dua pejabat berkenaan dan tindakan mengesan suspek sedang dijalankan. Sehingga kini kami masih belum membuat sebarang tangkapan,” katanya.

Mohd Rozi berkata, sistem kawalan yang longgar memberi peluang kepada pencuri untuk memecah masuk ke dua pejabat tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun penjara dan denda. – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Rozi JidinKPDNKK
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd