• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Datuk Bandar Perlu Berasas Kelayakan

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pelantikan ‘Datuk Bandar’ di sesebuah bandar raya perlu berasaskan kelayakan dan merit individu, bukan berasaskan populasi mengikut kaum, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata andai pelantikan dibuat berasaskan kaum, masyarakat tidak akan dapat keluar daripada lingkaran berdasarkan etnik dalam apa juga perkara.

“Kita tidak harus tengok secara khusus, kalau di sini (ramai kaum) Cina, maka perlu (datuk bandar) Cina, kalau India perlu India dan ini kawasan Melayu, (maka) perlu Melayu.

“Kenapa tidak kita lihat rakyat Malaysia di mana-mana sahaja, sama ada dia Melayu, India, Cina, mereka yang kita fikir berkelayakan untuk menjadi datuk bandar, maka pelantikannya harus berasaskan kepada merit,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada warga Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kaum Cina perlu dilantik menjadi datuk bandar atau timbalan datuk bandar di kawasan yang majoriti penduduknya berketurunan Cina seperti Ipoh dan Johor Bahru.

Akhbar berbahasa Cina yang melaporkan perkara itu menyatakan Liow mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najb Tun Razak baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata beliau tidak menganggap cadangan itu berbentuk perkauman namun berharap masyarakat berhenti daripada terus bermain dengan sentimen perkauman. – BERNAMA

Tags: Datuk BandarDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

24/06/2025
0

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau keadaan tujuh pelajar Malaysia yang masih berada di Iran susulan ketegangan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd