• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksem Rampas Rokok Seludup Bernilai RM500,000

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Bukit Kayu Hitam mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok putih bernilai hampir RM500,000 selepas menahan sebuah lori kecil di sini, petang semalam.

Komandernya ASP Mohd Khairi Abdullah berkata dalam kejadian pada 2 petang itu, sepasukan anggota risik agensi itu telah menahan lori berkenaan di KM 4 Projek Lebuh Raya Utara Selatan, namun pemandunya berjaya melarikan diri.

“Pemeriksaan pada lori bernombor pendaftaran Thailand itu, pihak kami menjumpai 94 kotak yang setiapnya mengandungi 25 karton rokok.

“Terdapat dua jenis rokok berjenama Mari Gold dan Kenmore International yang dianggarkan bernilai RM450,100 termasuk cukai,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata rokok berkenaan dipercayai untuk dibawa masuk ke Singapura berdasarkan jenama tersebut tidak terdapat di pasaran tempatan.

Mohd Khairi berkata kesemua rokok dan lori berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) kerana gagal membuat akuan berkenaan barang berduti yang diimport atau dieksport.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya, katanya. – BERNAMA

Tags: AKSEMRampas Rokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksem Di Bawah PDRM Mampu Sekat Pencerobohan Lebih Efisien

25/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Langkah meletakkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyekat pencerobohan masuk...

JKDM Rampas Rokok RM4.6 Juta Di Pelabuhan Utara

15/11/2018
0

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok putih bernilai RM4.6 juta di Pelabuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd