• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Komited Tingkat Pelaburan Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk meningkatkan pelaburan di Indonesia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, sehubungan itu, kedua-dua negara akan mengemukakan cadangan bagi meningkatkan perdagangan, termasuk bidang berpotensi untuk kerjasama seperti ekonomi digital, perusahaan kecil dan sederhana serta mikro.

“Cadangan itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Pelaburan dan Perdagangan ketiga yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 10 hingga 13 Julai depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapa mengkahiri lawatan kerja ke Indonesia pada 11 hingga 13 Jun dan beliau turut menghadiri sesi meja bulat yang disertai 80 pemimpin perniagaan, masing-masing 40 dari setiap negara.

Sesi itu turut dihadiri wakil Majlis Perniagaan Malaysia-Indonesia dan Khazanah Nasional, di samping rakan perniagaan dari Indonesia, yang mencerminkan minat untuk melabur di negara tersebut.

“Semasa kunjungan hormat saya ke atas Presiden Joko Widodo, saya menyatakan minat syarikat Malaysia untuk terus melabur dalam pembangunan infrastruktur di Indonesia.

“Ekonomi Indonesia yang bernilai US$1 trilion dengan penduduk berjumlah 250 juta dengan kelas pertengahan yang semakin bertambah, mempunyai banyak potensi dan jika dimanfaatkan akan memberi sumbangan penting ke arah mewujudkan ASEAN yang lebih makmur,” katanya.

Pada 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau ingin menggandakan perdagangan dengan Indonesia kepada US$30 bilion dalam tahun-tahun akan datang.

Pada 2016 jumlah perdagangan Malaysia-Indonesia berada pada US$13.8 bilion. Sejak 2008 hingga 2016, Malaysia melabur kira-kira US$15 bilion di Indonesia manakala pelaburan Indonesia di Malaysia kira-kira US$2.6 bilion. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd