• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Minta Jangan Kait Lagi Dengan Fattah

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHU move on dan fokus terhadap masa depan, Neelofa enggan pandang belakang lagi tentang kisah cinta tidak kesampaiannya dengan pelakon Fattah Amin.

Mantan pasangan kekasih yang mulai rapat apabila bergandingan bersama menerusi drama ‘berhantu’ Surihati Mr. Pilot namun hubungan mereka terputus akibat sebab-sebab tertentu.

Meskipun telah tiada apa-apa hubungan, peminat fanatik pasangan yang digelar Lofattah ini masih belum mampu menerima kenyataan bahawa tiada jodoh antara mereka.

Mungkin sudah tidak tahan kerana asyik didesak agar hubungan mereka kembali bertaut, Neelofa memohon agar para peminatnya tidak mengaitkan Fattah dengan dirinya lagi.

“Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tiada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal itu.

“Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu. Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar.

“Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap, atas semangat Ramadhan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah “begini” dibangkitkan,” katanya.

Nampaknya memang Neelofa sangat yakin tidak nampak masa depannya bersama Fattah. Jadi peminat pun perlulah faham dan janganlah terlalu mendesak.

Dahsyat sungguh chemistry di antara mereka berdua ini sehingga peminat sanggup membuat fanpage yang didedikasikan khas untuk menyatukan mereka berdua kembali.

Terkini, Fattah dikatakan sudah bahagia dengan cinta baharunya iaitu Fazura yang turut bergandingan dengannya menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Hmm, untunglah Fattah kan, cepat sahaja dapat pengganti! – MYNEWSHUB.CC

Orang Kata Simkad Ni Panjang Umur?

Tags: Fattah AminNeelofa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd