• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Lelaki Baharu Lahir Ditinggalkan Dalam Beg

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang bayi lelaki, dipercayai baharu dilahirkan, dengan bahagian mulut dan tepi matanya menunjukkan kesan gigitan semut dijumpai ditinggalkan berhampiran sebuah gerai cendol dan cucur udang di Jalan Salut-Kelapa Bakar, dekat sini tengah hari tadi.

Menurut petugas yang merawat bayi berkenaan di Hospital Tuaran, bayi itu telah dijangkiti kuman akibat ditinggalkan di kawasan kotor dan dalam panas matahari.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra dalam kenyataan berkata, bayi berkenaan ditemukan oleh seorang peniaga gerai cendol di dalam sebuah beg tidak berzip dengan dibaluti kain, kira-kira 12 tengah hari ketika dia hendak memulakan perniagaannya.

“Bila mendapati beg tersebut bergerak-gerak seperti ada sesuatu di dalamnya. Dia terus memeriksa dan menemukan bayi itu dan terus menghubungi polis,” kata Chandra.

Peniaga itu segera mengalihkan bayi berkenaan ke tempat lebih teduh.

Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan bayi berkenaan baharu sahaja dilahirkan, katanya.

“Ketika djumpai, bayi dalam keadaan lemah dan sudah tidak bersuara lagi kerana tiada bunyi tangisan…namun bayi berkenaan disahkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan sesiapa mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp. Nur Shajida Shara di talian 017-7240402. – BERNAMA

Tags: buang bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

25/10/2021
0

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd