• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesaikan Isu Nazri, Abdul Karim Atas Semangat BN

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIMUNJAN – Pertelingkahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah perlu diselesaikan atas semangat setiakawan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Beliau juga percaya kedua-dua tokoh terbabit boleh duduk semeja untuk berbincang secara baik.

“Dalam BN kita ada prinsip musyawarah, kita ada prinsip setiakawan, prinsip konsensus… tak perlu isu ini dipanjangkan di media,” kata Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita sebelum mengetuai larian obor Sukan SEA 2017 peringkat Bahagian Samarahan di Jambatan Batang Sadong, Simunjan petang ini.

Turut hadir Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Mengulas perkara itu, Abdul Karim berkata beliau juga tidak mahu isu tersebut dipanjangkan.

“Tak perlulah (ulas lanjut) Yang Berhormat Khairy dah katakan tadi selesaikan dengan cara baik. Bagi diri saya itu tidak jadi masalah dalam bulan Ramadan tidak perlu melenting-lenting,” katanya.

Ditanya mengenai keputusan kerajaan Sarawak untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Tourism Malaysia, Abdul Karim berkata keputusan itu telah lama dibuat dan bukan disebakan pertelingkahan tersebut.

“Keputusan tidak ada kena-mengena dengan apa berlaku antara kementerian saya dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Kemungkinan keputusan pada masa yang sama tetapi tidak ada kena-mengena,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd