• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bom Jangka’ Akhirnya Berjaya Dikeluarkan Doktor

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Sekumpulan pakar bedah di China berjaya mengeluarkan objek berukuran 72 sentimeter daripada badan seorang lelaki dalam satu prosedur pembedahan yang dijalankan di sebuah hospital di bandar Shanghai baru-baru ini.

Pakar perubatan, Dr. Yin Lu dan pasukannya pada Jumaat mengambil masa selama tiga jam bagi membuang ‘bom jangka’ seberat 13 kilogram itu yang dikatakan merupakan sebahagian usus besar daripada pesakit berkenaan.

“Kami terkejut besar ketika melihat perut lelaki berkenaan, ia seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa,” kata Dr. Lu memetik portal Dailymirror.

'Bom Jangka' Akhirnya Dikeluarkan Dari Seorang Lelaki

Lelaki berusia 22 tahun itu pada mulanya menganggap perutnya yang kembung itu adalah disebabkan angin dan masalah sembelit, namun dia tidak menyedari ia sebenarnya merupakan najis dan gas yang terkumpul.

Penyakit radang usus yang dihidap lelaki itu dikenali sebagai Hirshprung’s Disease (HD), iaitu sejenis penyakit ganjil yang berlaku dalam setiap 5,000 kelahiran.

'Bom Jangka' Akhirnya Dikeluarkan Dari Seorang Lelaki

Penyakit HD ini kebiasaanya dikesan sewaktu individu itu masih kecil namun kebanyakan tidak menyedarinya sehinggalah meningkat dewasa.

Ia menyebabkan mangsa hilang daya kawalan untuk membuang air besar secara normal, membuatkan perut pesakit akan mengembung bak wanita hamil yang sedang mengandung.

Ia mungkin terjadi disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

Namun penyakit HD ini tidak mempunyai punca-punca yang jelas, di mana ada yang mengatakan ia merupakan penyakit yang diwarisi daripada keluarga. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: doktorpakar bedahPenyakit Kronik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melaksanakan strategi pengekalan doktor yang komprehensif susulan peletakan jawatan 3,510 pegawai...

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

Doktor Mampu Rawat Kesan Jerebu, Tetapi Kerajaan Perlu Bertindak Tangani Punca

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan masalah jerebu rentas sempadan yang terus mengancam kesihatan jutaan rakyat Malaysia bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd