• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Kutipan Cukai Pelancongan Untuk Promosi

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggunakan hasil kutipan daripada cukai pelancongan yang dikuatkuasakan 1 Julai ini untuk mempromosikan Malaysia di luar negara dan membaik pulih prasarana pelancongan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kementerian perlu mencari sumber pendapatan baharu untuk membiayai aktivitinya selepas kerajaan mengurangkan peruntukan bagi kementerian berkenaan ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

“Peruntukan pelancongan telah dikurangkan tetapi bukan bermakna pelancongan tidak menjadi keutamaan kerajaan, tetapi ada keutamaan yang lebih penting seperti kemajuan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Jom Iftar@KL di Dataran Merdeka hari ini.

Beliau menegaskan cukai pelancongan bukanlah suatu yang baharu kerana ia telah lama diperkenalkan di negara selaku destinasi pelancongan terkenal seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan yang antara lain membenarkan pelaksanaan kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata cukai pelancongan dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Mengulas kenyataan pihak tertentu yang bertanyakan sama ada kutipan daripada cukai itu akan diberikan kepada kerajaan negeri, beliau berkata perlaksanaannya merupakan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukan kerajaan negeri.

“Ini tidak seharusnya menjadi isu besar. Pendapatan daripada cukai itu juga akan diagihkan kepada negeri-negeri. Jadi tiada isu di sini, setiap negeri akan mendapat pulangan kembali,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nazri AzizPelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd