• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes baharu dilaporkan di republik itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan Johor, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata jika kes meningkat, pihaknya akan menambah bilangan penolong pegawai kesihatan persekitaran di kedua-dua pintu masuk antarabangsa darat di negeri ini selain menempatkan pasukan paramedik.

“Kami juga meminta kerjasama pihak Jabatan Imigresen untuk merujuk kes disyaki ke klinik kesihatan selain mengedarkan risalah dan memaparkan mesej berkaitan zika pada paparan digital di pintu masuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ayub berkata pihaknya telah meminta klinik kesihatan di Gelang Patah melakukan pengesanan kes-kes disyaki melalui simptom demam dan konjunktivitis, terutama bagi mereka berulang-alik ke Singapura.

Katanya pada masa sama, pencegahan dan kawalan vektor akan terus ditumpukan di lokaliti atau taman perumahan yang ramai penduduknya berulang-alik ke Singapura.

Media Singapura melaporkan kes terbaharu zika itu disahkan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) pada Jumaat dengan jangkitan berlaku di Parry Avenue dalam kawasan Serangoon Garden.

Kedua-dua mangsa merupakan penduduk di kawasan terbabit dan NEA telah memulakan operasi untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: virus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Zika Di Singapura: Malaysia Ketat Saringan Kesihatan

11/06/2017
0

BALIK PULAU - Malaysia memperketat ujian saringan kesihatan di semua pintu masuk negara terutama di Johor susulan laporan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd