• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Negara AS ‘Blackout’, Kedutaan AS Serata Dunia Panik

oleh
17/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

Beberapa pelawat awam kelihatan berjalan santai di tepi bangunan Jabatan Negara Amerika Syarikat di Washington DC. – Gambar hiasan

WASHINGTON DC – Bayangkanlah Wisma Putra, iaitu kompleks Kementerian Luar Negeri Malaysia yang tersergam indah di puncak bukit sebelah Presint 18, Putrajaya terputus bekalan elektrik, pasti haru-biru lebih 100 pejabat diplomatik Malaysia di serata dunia.

Namun, bayangkan pula bangunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) di sini; yang dianggap antara pejabat paling selamat di dunia selain White House dan Jabatan Pertahanan AS atau Pentagon; tiba-tiba tiada bekalan elektrik lebih seharian suntuk.

Kejadian memalukan itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi Isnin (atau 10 malam Isnin waktu Malaysia) dan berterusan sehingga lewat malam mengakibatkan sistem telekomunikasi, komputer dan lampu pejabat langsung gagal berfungsi sepanjang hari semalam.

Lebih lucu, insiden itu cuma disebabkan beberapa pekerja sebuah tapak projek pembinaan bersebelahan bangunan jabatan tersebut secara tidak sengaja memotong kabel utama saluran elektrik, jelas jurucakap pejabat berkenaan, Jen Psaki dalam satu kenyataan media.

Walaupun tiada kaitan dengan kegiatan pengganas selain kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa, kes julung kali itu menyebabkan ribuan kakitangan Jabatan Negara terpaksa dipindahkan ke sebuah pejabat sementara di kawasan kejiranan, Foggy Bottom.

AS sebagai kuasa besar dunia memiliki rangkaian pejabat kedutaan dan konsulat terbesar di dunia dengan 70,000 kakitangan Jabatan Negara termasuk puluhan ribu petugas diplomatik di kesemua lebih 200 buah negara atau wilayah berdaulat diiktiraf di serata dunia.

Kepentingan sesebuah negara kepada AS malah dapat dilihat kepada berapa besar bangunan kedutaan AS di ibu negara terbabit antaranya London, Britain; Canberra, Australia, Jakarta, Indonesia; Kaherah, Mesir; Moscow, Rusia dan Beijing, China. – Agensi

 

Tags: Amerika SyarikatdiplomatikWashington
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd