• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Ditahan Sebut ‘Bom/Bahan Letupan’ Dalam Pesawat

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Tiga penumpang lelaki ditahan petang semalam di Cologne, Jerman selepas pesawat easyJet dinaiki mereka dari Ljubljana, Slovenia ke London melakukan pendaratan cemas di bandar raya itu, kata polis dalam satu kenyataan.

Ia mendarat di Cologne selepas penumpang melaporkan terdengar mereka bercakap mengenai ‘hal pengganas’, menurut kenyataan. Ketiga-tiganya tidak dikenal pasti.

Polis melancarkan pemeriksaan keselamatan ke atas pesawat dan menyoal penumpang selepas semua 151 dipindahkan dengan selamat dari pesawat Airbus 319 itu menggunakan gelungsur keselamatan, kata lapangan terbang dalam kenyataan di laman webnya.

Enam pesawat dilencongkan ke lapangan terbang lain berikutan siasatan polis.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, trafik udara terjejas beberapa jam berikutan kejadian itu. Polis persekutuan merampas beg sandang milik seorang daripada lelaki berkenaan, dan meletupkan ia di luar pesawat, kata polis.

Mereka tidak memberi maklumat mengenai kandungannya dan pegawai meneruskan siasatan terhadap beg itu.

Mereka terus disoal siasatan lewat semalam.

Penumpang lain turut disoal siasat, kata polis.

Akhbar Bild memetik jurucakap polis persekutuan Jerman sebagai berkata juruterbang memutuskan untuk mendarat di Cologne selepas penumpang memberitahu kakitangan pesawat itu mereka mendengar lelaki berkenaan menggunakan perkataan termasuk ‘bom’ dan ‘bahan letupan’. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Ancaman Bompesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd