• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai SPRM Peras Ugut Polis Direman 3 Hari

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana didakwa memeras ugut serta meminta wang daripada pegawai polis yang bertugas di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pegawai yang bertugas di Unit Risikan Zon Utara SPRM Putrajaya berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Machang Bubok di sini, pukul 10.20 malam tadi.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang merupakan pegawai polis cawangan Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT telah dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh pegawai SPRM itu pada Mac lepas untuk berjumpa.

“Pegawai polis yang memang mengenali lelaki itu memberitahu tidak dapat berjumpa kerana berada di Putrajaya dan sejak itu suspek kerap menghubungi mangsa namun pegawai (polis) tersebut enggan bertemu kerana tahu dia (suspek) akan memeras ugut,” katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata pada 5 Jun lepas, mangsa dimaklumkan oleh rakannya bahawa pegawai SPRM itu ingin bertemu dengannya dan menetapkan wang bulanan sebanyak RM3,000 setiap bulan kononnya bagi menjaga pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT.

“Mangsa kemudiannya berjumpa dengan suspek di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya pada Khamis malam dan diberitahu jika enggan memberi wang, pegawai polis itu berisiko ditangkap SPRM kerana mangsa bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram,” katanya.

Katanya pegawai SPRM itu seterusnya memaklumkan akan mengambil wang daripada mangsa semalam, justeru pegawai polis terbabit membuat laporan polis kerana takut akan ancaman tersebut.

“Selepas mangsa berjumpa dengan pegawai SPRM itu di sebuah restoran dan menyerahkan wang tunai RM3,000, sepasukan polis menahan suspek dan merampas duit berkenaan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, polis turut merampas kad kuasa, beg sandang, dua kelongsong peluru 9mm, telefon bimbit dan sebuah kereta Volkswagen daripada pegawai SPRM yang kini direman selama tiga hari bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: Peras UgutSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd