• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50: Pelawa Rakyat Kongsi Aspirasi Agama, Rohani

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah beberapa siri dialog diadakan untuk mengumpul pandangan bagi merealisasikan Transformasi Nasional 2050, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa rakyat Malaysia berkongsi aspirasi dari aspek keagamaan dan kerohanian.

Najib berkata beliau telah berpeluang bertemu dan berdialog dengan penjawat awam dari pelbagai kementerian, mahasiswa, golongan belia serta penggiat seni untuk tujuan yang sama.

“Pada bulan Ramadan yang mulia ini ada baiknya kita berkongsi aspirasi pula dari sudut keagamaan dan kerohanian kerana ia penting dalam pembentukan peribadi, seterusnya pembangunan sahsiah dan identiti negara.

“Anda boleh kemukakan cadangan atau aspirasi anda melalui laman Facebook dan Twitter saya, atau menulis e-mel kepada [email protected] dengan tajuk #TN50,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

Semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada Oktober 2016, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan menggerakkan siri wacana nasional ke arah membentuk TN50. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakTN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd