• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Zahid Bersahur Jam 1 Pagi Dengan Bikers

oleh
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JARANG Datuk Seri Zahid Hamidi hadiri sesuatu majlis pada jam 1 pagi. Namun di celah kesibukan semasa bulan Ramadan beliau meluangkan masa menghadiri majlis bersahur Bikers United Club.

Majlis itu yang turut menyaksikan pelancaran Tabung Insurans Kebajikan di Gobox Concept kelab tersebut, pada awal pagi Sabtu di ibu negara; dihadiri ramai anggota pelbagai kelab dan persatuan motosikal berkuasa tinggi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Persatuan Superbike Malaysia (SAM) malahan hadir pada majlis tersebut dengan masih lagi berpakaian baju Melayu lengkap waima ia berlangsung awal pagi hari.

Portal AgendaDaily melaporkan, Ahmad Zahid ketika berucap memberitahu bahawa motosikal terlalu dekat di hatinya kerana beliau meminatinya dan sehingga hari ini masih ada lagi motosikal berkuasa tinggi dan kapcai.

Kini dianggarkan ada sebanyak 66 kelab dan persatuan pemilik motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara yang keseluruhannya dianggotai oleh lebih 10,000 orang daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengingatkan adalah penting penunggang atau lebih mesra disebut sebagai bikers dapat memaparkan personaliti dan imej yang betul di kaca mata masyarakat.

Bagi beliau, ini adalah penting kerana ada sesetengah orang pandang serong golongan bikers dan menegaskan: “Sedangkan jiwa bikers tidak begitu. Jangan lihat bikers dari segi pakaian dan ragam motosikal mereka.

“Jangan sangka bikers tidak berpuasa pada bulan Ramadan…. jangan sangka bikers tidak pergi sembahyang sunat Tarawih 20 rakaat… jangan sangka bikers tidak hafal Al-Quran,” jelas Ahmad Zahid lagi.

Beliau seterusnya berkata, dirinya memang cukup faham dengan perangai bikers kerana sudah 40 tahun menjadi sebagai bikers sejak masih menuntut di Universiti Malaya di ibu negara bermula dengan motosikal kapcai.

Beliau kemudian memuji langkah pihak penganjur Bikers United mengambil daya usaha dengan mengadakan tabung insurans kebajikan untuk para ahli yang dilancarkannya pada majlis ‘bersahur’ tersebut.

“Utamakan soal kebajikan pada ahli-ahli kita. Charity begin at home (kebajikan bermula dari rumah). Kita tahu ada kalangan rakan-rakan alami kemalangan. Siapa ambil kepedulian kepada kebajikan mereka dan keluarga mereka.”

Justeru kata Ahmad Zahid lagi, persatuan sebeginilah yang akan memainkan peranan sedemikian. Beliau turut berjanji akan mengusahakan pelbagai sumbangan dana yang sewajarnya pada usaha kelab berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kelab-kelab motosikal mengadakan ‘Bike Week’ atau minggu motosikal yang lebih bersepadu dan nada impak agar dapat memberi sumbangan menggalakkan lagi pelancongan negara.

Menurut Ahmad Zahid, buat masa ini ada terlalu banyak ‘Bike Week’ di sana sini dan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan kerajaan akan berusaha memasukan acara itu dalam kalender pelancongan negara.

“Apabila terlalu banyak ‘Bike Week’, golongan bikers jadi keliru. Jadi untuk elak kekeliruan ini, kita selaras minggu-minggu permotoran ini dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: sahur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Car Food Sahur Di Pantai Batu Buruk Tarik Pengunjung

04/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan anak muda Terengganu di bawah pertubuhan Komuniti Car Food Sale kembali menganjurkan acara jualan makanan sahur...

Kelek JB Hulur Juadah Sahur Kepada Petugas Hospital

27/05/2018
0

KUALA BERANG - Menikmati juadah sahur atau berbuka bersama keluarga atau rakan taulan menjadi satu masa yang ditunggu-tunggu oleh umat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd