• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Lancar Perkhidmatan Basikal oBike

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui KTM Komuter melancarkan perkhidmatan basikal oBike di stesennya dalam usaha meningkatkan kesalinghubungan rangkaian sistem pengangkutan awam.

oBike adalah perkhidmatan perkongsian sewa basikal tanpa stesen.

Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan basikal tersebut yang berada di pelbagai lokasi melalui aplikasi oBike sebelum membuka kunci basikal menggunakan kod respons pantas dengan kadar caj RM1 setiap 15 minit.

Pengurus Besar Servis Komuter KTMB, Khair Johari Ishak berkata perkhidmatan itu mampu menjadi pilihan mod pengangkutan pengguna untuk batuan pertama dan terakhir perjalanan selain menggalakkan gaya hidup sihat.

“Dengan perkhidmatan ini, pengguna boleh memilih untuk berbasikal daripada pelbagai lokasi ke stesen KTM terdekat sebelum menyambung perjalanan dengan komuter dan pengangkutan awam lain.

“Secara tidak langsung usaha ini akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan tersebut di Stesen KTM Subang Jaya, dekat sini Jumaat.

Khair Johari berkata sebagai permulaan, stesen Subang Jaya menjadi projek perintis perkhidmatan itu​ sebelum ia diperluaskan ke stesen lain.

“Kita sedang kenal pasti stesen berhampiran dengan institusi pengajian tinggi dan tarikan pelancong kerana perkhidmatan komuter popular dalam kalangan pelajar,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

18/07/2026
0

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan menjadi pentas yang lebih mencabar dalam mengukur denyut nadi serta persepsi rakyat terhadap...

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

18/07/2026
0

SEREMBAN - Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mengkritik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd