• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komitmen Malaysia Bantu Rakyat Palestin Dipuji

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia telah dipuji kerana usahanya memperjuangkan hak rakyat Palestin ke arah mencari penyelesaian yang berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin yang berlarutan.

Pengerusi lembaga pengarah Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran berkata sejak bertahun-tahun, Malaysia sentiasa konsisten dalam komitmennya menyokong usaha bagi mencari penyelesaian yang adil bagi rakyat Palestin.

“Kita boleh lihat perkembangan positif di Malaysia, contohnya bilangan pelajar Palestin yang menuntut di negara ini telah meningkat, dan kita juga boleh melihat lebih banyak keterlibatan daripada pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia,” kata beliau dalam ucapan alu-aluannya pada majlis bersama masyarakat Palestin di Malaysia anjuran PCOM di sini hari ini.

Jumlah liputan berita mengenai isu Palestin dalam media Malaysia juga dipuji, kata beliau pada majlis berbuka puasa oleh anggota komuniti Palestin di negara ini.

Beliau berkata ketika banyak negara Islam menghadapi pergolakan, Malaysia tidak harus berganjak dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

PCOM ialah sebuah pertubuhan bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin dan menggemblengkan sokongan rakyat Malaysia di semua peringkat. – BERNAMA

Tags: Muslim ImranPCOM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd