• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Laporan Gangguan Seksual Diplomat Asing

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Luar menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa beberapa rakyat Malaysia telah diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra bagaimanapun berkata setakat ini, tiada laporan dikemukakan kepada kementerian atau kepada Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal perwakilan asing di Malaysia.

Kenyataan itu menyatakan bahawa Wisma Putra memandang serius dakwaan gangguan seksual itu terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia.

“Mana-mana individu yang menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisme sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar.

“Kementerian memberi jaminan kepada semua pihak bahawa, walaupun ada kekebalan, terdapat ruang bagi semua kementerian hal ehwal luar (kementerian luar) untuk melaksanakan penyelesaian secara adil berhubung perkara berkaitan kesejahteraan dan keselamatan individu berkenaan.

“Kementerian akan menyusul tindakan terhadap dakwaan serius ini bagi memastikan kepentingan semua pihak dipelihara,” kata Wisma Putra.

Selain talian telefon selepas waktu pejabat, individu juga boleh menggunakan saluran emel [email protected] untuk menyalurkan aduan mereka.

Menurut laporan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendakwa wanita-wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan asing di Kuala Lumpur berdepan dengan gangguan seksual di tempat kerja mereka. – BERNAMA

Tags: gangguan seksual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

17/10/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang siak masjid ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd