• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air 10 Jam Di Pulau Pinang

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Bekalan air di 11 kawasan di sini akan terganggu selama 10 jam esok bagi membolehkan kerja pembaikan segera kebocoran injap udara 150mm pada saluran paip 900mm di Jalan Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) , Datuk Jaseni Maidinsa berkata dalam satu kenyataan hari ini kawasan yang terlibat adalah Berek Polis Marin, Terminal Polis Marin, Kedai Ikan Bakar dan kawasan restoran makanan laut, Bayan Mutiara, Persiaran Bayan Indah, Queensbay Mall, Jalan Batu Uban 3, Desa Riang, Kondominium E-Park dan Kondominium N-Park.

Beliau berkata gangguan bekalan air bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, 10 Jun.

“Jika dibiarkan kebocoran itu terlalu lama, ia akan mengakibatkan kehilangan air yang banyak dan boleh mengakibatkan gangguan bekalan air.

Oleh kerana itu, tujuan utama kerja pembaikan esok adalah untuk mengelakkan gangguan bekalan air berskala besar yang boleh menjejaskan kawasan selatan bahagian pulau di Pulau Pinang.

Jaseni berkata PBAPP juga menasihatkan semua pelanggan yang akan terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual itu supaya menyimpan air untuk kegunaan harian mereka.

PBAPP memohon maaf terhadap segala kesulitan yang timbul esok berikutan gangguan bekalan air berjadual itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Jaseni MaidinsaGangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd