• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Negara Jalin Kerjasama Ketenteraan TCA

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

COTABATO CITY – Malaysia, Filipina dan Indonesia akan menjalin kerjasama ketenteraan berdasarkan Perjanjian Kerjasama Tiga Pihak (TCA) menerusi pelaksanaan Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) bagi memastikan kawasan perairan Laut Sulu tidak dijadikan laluan tikus untuk menceroboh masuk ke tiga negara berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata inisiatif berkenaan akan dilancarkan beliau bersama-sama rakan sejawatannya dari Filipina, Delfin Negrillo Lorenzana, dan Ryamizard Ryacudu dari Indonesia di Tarakan, Indonesia pada 19 Jun ini.

Pelancaran itu juga akan disaksikan Menteri Pertahanan Singapura dan Brunei Darussalam, katanya dalam kenyataan selepas pertemuannya dengan Lorenzana di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata TMP di Laut Sulu melibatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Tentera Filipina dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan matlamat utamanya untuk memastikan militan tidak menjadikan perairan itu sebagai laluan untuk menceroboh masuk ke Malaysia, Indonesia dan Filipina.

“Inisiatif itu juga dilaksanakan untuk menangani aktiviti lanun, penculikan dan rompakan bersenjata di perairan Laut Sulu,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin telah mengarahkan ATM supaya menjalinkan kerjasama rapat dengan agensi-agensi keselamatan lain di negara ini termasuk Markas Pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan Sabah terus terpelihara.

” Pelaksanaan inisiatif dan kerjasama berkenaan turut melibatkan atur gerak aset tambahan dan meningkatkan pemantauan di sekitar perairan Sabah, yang berupaya menangani serta memberi tindak balas dengan pantas terhadap sebarang ancaman termasuk pencerobohan pengganas,” katanya.

Mengenai insiden di Marawi, Filipina, Hishammuddin berkata beliau difahamkan setakat ini, seramai 178 individu telah terbunuh dalam pertempuran militan dan pihak tentera.

Mereka terdiri daripada 120 anggota militan, 36 anggota tentera Filipina, tiga anggota polis Filipina dan 19 orang awam.

“Saya juga difahamkan terdapat antara 150 hingga 200 anggota militan Maute sedang berada dan bersembunyi di Bandar Marawi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd