• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Calon PRU14 Dari SUPP Disimbah Asid

oleh Ahmad Albab
09/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Dudong, Wong Ching Yong, 59, cedera di bahagian muka dan kiri badan setelah disimbah cecair dipercaya asid oleh dua lelaki di Lorong Tuanku Osman 4, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa, seorang akauntan, sedang menuju ke keretanya di tempat parkir berhampiran pejabatnya sebelum dua lelaki menaiki motosikal menghampiri dan menegurnya.

Ketua Polis Daerah Sibu, SAC Saiful Bahri Abdullah berkata sebaik mangsa menoleh setelah namanya dipanggil, salah seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke muka dan badan mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa melecur 18 peratus di muka dan bahagian kiri badannya,” katanya semasa dihubungi melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Difahamkan selepas kejadian, Wong telah berlari ke sebuah kedai berhampiran untuk membasuh muka, tangan dan badannya sebelum dibawa oleh abangnya ke sebuah hospital swasta di sini untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, identiti suspek masih belum dikenal pasti dan sedang giat mengesan suspek tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan cecair yang menghakis.

Difahamkan, Wong merupakan antara tiga individu yang dikenal pasti sebagai calon SUPP untuk kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. – BERNAMA

Tags: asidSUPP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SUPP Akui Persaingan Sengit Kerusi DUN Kawasan Bandar

04/12/2021
0

MIRI: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengakui persaingan sengit perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar terutamanya melibatkan...

Wang UMNO, SUPP Dipulangkan Semula SPRM

14/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Wang milik UMNO Bahagian Pekan (UMNO Pekan) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) masing-masing berjumlah RM700,000 dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd