• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Naib Presiden FAM Meninggal Dunia

oleh AK-47
10/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar disahkan meninggal dunia pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.

Allahyarham yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) itu menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 8.35 pagi dalam usia 69 tahun akibat jangkitan kuman dan paru-paru.

Raja Ahmad Zainuddin juga bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak yang banyak menyumbang bakti kepada pembangunan sukan bola sepak negeri sehingga digelar pengurus skuad ‘The Boss Gaurus’ paling berjaya.

Menerusi laman rasmi Facebook Perak TBG, jenazah allahyarham kemudian dibawa pulang ke kediaman beliau di Ampang, Ipoh sebelum disemadikan selepas solat fardu Jumaat.

“Seluruh warga kerja Pafa, pemain dan penyokong pasukan Perak The Bos Gaurus mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga bekas Timbalan Presiden Pafa dan bekas Naib Presiden FAM.

“Allahyarham Raja Ahmad Zainuddin yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.35 pagi ini di KPJ Ipoh,” tulis Perak TBG dalam kenyataan menerusi laman Facebook.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh. Selain khidmat bakti dalam sukan bola sepak, Allahyarham turut berkecimpung aktif dalam dunia politik tanah air.

Beliau malahan pernah dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Larut dari 1999 hingga 2008 selain sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja OmarFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd