• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua FBI Dakwa Difitnah Pentadbiran Trump

oleh Ahmad Albab
10/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – James Comey hari ini mendakwa diganggu oleh cubaan Presiden Donald Trump untuk menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat keselamatan negara.

Bagaimanapun, bekas pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) itu tidak menyatakan sama ada beliau menyifatkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu cuba menghalang proses keadilan.

Comey memberitahu penggubal undang-undang dalam prosiding perbicaraan Kongres AS paling dinanti sejak sekian lama, pentadbiran Trump berbohong serta memfitnah beliau dan FBI selepas Trump memecatnya pada 9 Mei.

Dalam kenyataan bertulis yang dikeluarkan hari ini, Comey berkata, Trump memintanya menggugurkan siasatan FBI ke atas bekas penasihat keselamatan negara, Michael Flynn, pada Februari lalu.

Ia sebagai sebahagian daripada proses siasatan terhadap dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden AS pada tahun lalu yang secara mengejut dimenangi Trump mengatasi calon pilihan, Hillary Clinton.

“Saya tidak fikir perbualan saya dengan presiden adalah satu usaha untuk menghalang. Saya menganggapnya sebagai perkara yang sangat mengganggu, membimbangkan,” kata Comey.

Perbicaraan itu boleh memberi kesan ketara ke atas kedudukan Trump ketika peguam khas Robert Mueller dan beberapa jawatankuasa Kongres menyiasat usaha Rusia mempengaruhi pilihan raya presiden 2016.

Mereka juga menilai sama ada kempen Trump bersekongkol dengan Moscow. Rusia menafikan pembabitan itu manakala Rumah Putih menyangkal sebarang pakatan sulit. – Reuters/BH ONLINE

Tags: FBI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub   WASHINGTON – Sebuah kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Handala Hack Team mendakwa berjaya menceroboh akaun emel peribadi...

Ketua NGO Dalam Senarai FBI: KDN Sedang Dapatkan Gambaran Tepat

Ketua NGO Dalam Senarai FBI: KDN Sedang Dapatkan Gambaran Tepat

19/02/2024
0

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin NGO Islam negara ini yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd