• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Seksual Luar Biasa Di Kedutaan – PPIM

oleh AK-47
09/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan.

Mereka begitu tertekan dengan pelbagai “sexual harassment” yang dilakukan sama ada oleh dutanya sendiri mahupun kakitangan kedutaan yang mengamalkan budaya keji ini.

“Apabila mereka nak dapatkan sesuatu daripada kita tetapi tidak dapat, mereka akan terminate (pecat) kita dengan segera. Alasan mereka, isteri dan anak-anak sudah kembali ke negara asal

“Jadi mereka sunyi.” kata salah seorang mangsa, Puan Mar (bukan nama sebenar) yang telah berkhidmat selama kurang lebih 17 tahun di lapan buah kedutaan dan menyimpan banyak rahsia negara.

Puan Mar turut menyatakan bahawa ganguan sentiasa berlaku dan berterusan meskipun kakitangan kedutaan terlibat mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin.

“Pegawai kedutaan itu baru berusia 34 tahun dan saya sudah mejangkau usia 60 tahun. Saya pangkat emak dia tapi tidak bagi dia” ulasnya lagi.

Mangsa kedua, Puan Nor (bukan nama sebenar) yang berusia awal 40-an turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak Perkeso yang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan terhadap kedutaan terlibat.

“Apabila saya pergi ke pejabat Perkeso, mereka mengatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa dan akhirnya menyuruh saya untuk membuat laporan kepada Kementerian Sumber Manusia.

“Di kedutaan tempat saya bekerja, tidak kira muda atau tua, semua dah terkena “sexual harassment” tetapi mereka tidak berani untuk buat laporan sebab kebanyakan mereka adalah pekerja asing” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan beranggapan bahawa pegawai kedutaan seolah-olah mempunyai kuasa dan berhak melakukan apa sahaja tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

“Perkara ini dianggap satu kesedihan dan tidak seharusnya berlaku. Sebab bila kita bercerita pasal kedutaan, mereka diibaratkan mempunyai imuniti untuk melakukan apa sahaja.

”Sepatutnya kedutaan melambangkan perlembangan tapi kita melihat perkara ini sebagai satu penipuan bagi diri kita” ulasnya dalam sidang media yang berlangsung di sini Khamis.

Turut hadir ialah Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku khususnya kepada mangsa wanita dan melihat ketidakadilan dalam melaksanakan tindakan undang-undang kerana “kekebalan” yang dimiliki oleh kedutaan terbabit.

“Tindakan undang-undang tidak dapat dikenakan kepada mereka, bahkan, ianya dianggap berbeza disebabkan kes ini melibatkan seseorang yang mempunyai kekebalan di negara kita.

“Apabila bawa pergi mahkamah, kita tak boleh menyaman mereka sebab isu imuniti yang mereka miliki.

“Mungkin kita boleh adakan sidang media bersama Kementerian Luar Negara dan membawa pengadu-pengadu serta mereka yang terlibat untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini” tambahnya lagi.

Sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat di 013-6116666 atau 019-3591000. Terima Kasih. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Masuk Akal Caj RM1,000 Untuk Ujian Covid-19

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj tinggi bagi...

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

25/10/2020
0

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd