• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manchester United Mampu Julang Kejuaraan Liga – Rooney

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memberi amaran kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea betapa juara 20 kali itu mampu menjulang kejuaraan liga, musim ini.

United meneruskan rentak kemenangan kepada enam perlawanan berturut-turut selepas menundukkan musuh tradisi, Liverpool 3-0 pada Ahad lepas di Old Trafford.

Sekalipun bergelut di permulaan musim di bawah pengurus baru, Louis van Gaal, United bangkit untuk menghuni tangga ketiga liga, lapan mata di belakang Chelsea menuju perlawanan menjelang Krismas.

Chelsea ketika ini menampilkan persembahan di kelas tersendiri namun bagi penyerang England, Rooney, ia tidak membuatkannya gentar.

Malah, Rooney juga masih segar dengan kejayaan United yang menjuarai gelaran sama pada enam musim lepas sekalipun ketinggalan lapan mata di belakang Liverpool menjelang Januari.

“Saya fikir kami perlu percaya kami boleh memenangi kejuaraan,” kata Rooney.

“Kami ketinggalan lapan mata di belakang menuju tempoh yang padat. Jika kami memenangi perlawanan kami dan pasukan lain mendapat keputusan yang buruk, jadi apa saja boleh berlaku.

“Kami perlu terus menang dan berharap dapat kembali ke puncak. Kami memenangi liga dua tahun lalu sekalipun kami tidak benar-benar mengancam namun dalam setiap perlawanan, kami mencapai keputusan diharapkan.

“Kami menunjukkan daya tahan yang hebat musim ini. Beberapa perlawanan seakan tidak memihak kami namun kami berjaya memenanginya dan ia adalah kualiti yang kami miliki,” katanya. – AFP

Tags: Wayne Rooney
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rooney Buat Hal Lagi, Ditahan Di Lapangan Terbang

07/01/2019
0

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur bersama alkohol semasa di dalam pesawat. Bekas...

“Malam Yang Akan Diingat Sampai Bila-Bila”

16/11/2018
0

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika Syarikat. Rooney yang telah bersara dari karier...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd