• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mengamuk Tak Dapat BR1M

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Gara-gara marah tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), seorang lelaki mengamuk dan bertindak menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut petang semalam.

Ekoran tindakan ganas itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol ‘taser gun M26C’ tetapi tidak berkesan sehinggalah lelaki berusia 30-an itu melarikan diri ke dalam hutan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Mohd Zamri Mohd Rowi berkata sebelum kejadian itu, lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua-dua ibu bapanya yang berusia 80-an bagi mendapatkan wang.

“Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan,” kata Mohd Zamri kepada media di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata suspek yang berang telah menuduh mangsa tidak melayani permohonan wang BRIM yang dipohonnya sebelum ini, hingga mengambil tindakan menetak bahagian belakang kereta Proton Wira kepunyaan mangsa.

Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap tetapi sebaliknya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi, menjelang berbuka puasa semalam. – BERNAMA

Tags: BR1Mmengamuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd