• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Lantik Naelofar Reka Tudung Untuk Pilot

oleh AK-47
09/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUARAN tudung jenama milik pelakon Neelofa iaitu Naelofar mengukir sejarah manis tersendiri apabila secara rasmi bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.

Dengan kerjasama unik ini, Naelofar Hijab akan menjadi tudung rasmi yang akan dipakai semua juruterbang wanita berhijab AirAsia ketika mereka menjalankan tugas bermula hari ini.

Tudung tersebut dilaporkan memang direka khas dengan diperbuat daripada fabrik istimewa berwarna putih untuk keselesaan juruterbang wanita yang berhijab.

Penggunaan tudung ini turut membabitkan kakitangan wanita berhijab dalam sektor penerbangan jarak jauh syarikat tempatan tersebut iaitu AirAsia X.

Menurut pemilik nama Noor Neelofa Mohd. Noor itu, tudung yang direka untuk AirAsia ini amat praktikal selain bergaya dan memudahkan pergerakan si pemakai.

“Hijab itu turut mempunyai simbol Naelofar Hijab yang bertatahkan kristal Swarovski untuk sentuhan akhir sesuai kepada pemakainya,” katanya.

Neelofa, 28, turut meluahkan perasaan bangganya dengan pencapaian Naelofar Hijab yang akan ‘terbang tinggi’ bersama juruterbang AirAsia dan AirAsia X.

Sementara itu Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia, Rudy Khaw berkata, buat julung kalinya, AirAsia berkerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi juruterbang wanita.

Pada masa sama, pihak AirAsia turut merancang bekerjasama dengan Naelofar Hijab sekali lagi agar pemakaiannya diperluaskan kepada semua kakitangan wanita bertudung di AirAsia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsiaNaelofarNeelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd