• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zain Saidin Masak Sendiri Juadah Berbuka

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSAH betul nak maintain bentuk tubuh yang sado seperti Zain Saidin ini kerana perlu berpantang makanan yang sedap-sedap dan berkalori tinggi.

Oleh kerana dia perlu menjaga pemakanan dan tidak boleh makan sebarangan, suami kepada Rozita Che Wan ini memilih untuk memasak sendiri juadah berbukanya.

Ooops! Sebelum ada yang bertanya adakah Che Ta tidak menyediakan makanan untuk suaminya berbuka puasa, jaga mulut ya di bulan Ramadan!

Zain sebenarnya tidak mahu menyusahkan isterinya yang tersayang kerana perlu menyediakan juadah berbeza untuk dirinya yang sedang berdiet.

“Saya masak nasi menggunakan beras perang dan menyediakan ayam panggang. Saya hanya memakan bahagian dada ayam.

“Sayur juga dimakan mentah. Selain itu, saya gunakan garam bukit untuk setiap juadah yang disediakan.

“Itulah menu berbuka puasa saya di rumah. Memang kena kawal nikmat berbuka puasa dengan makanan sedap-sedap. Ini kerana saya ada sasaran untuk mengurangkan berat badan sepanjang Ramadan,” katanya.

Tambah pelakon siri Oh My English! ini, jika dia lebih suka memasak dan meluangkan masa bersama keluarga di rumah jika tiada urusan di luar.

“Tapi sesekali kalau ada undangan berbuka puasa di hotel, saya ambillah makanan sedap tapi terkawal. Isteri saya suka membeli juadah berbuka di bazar Ramadan,” katanya.

Menurut Zain lagi, rutin senaman dan dietnya ‘lari’ sedikit oleh kerana terlalu sibuk dengan perniagaan yang diusahakan.

“Berat badan saya macam yoyo. Kalau sibuk berniaga, rutin di gimnasium dan diet jadi berterabur.

“Kalau saya tertinggal dua perkara ini, badan cepat naik,” katanya yang mengusahakan perniagaan kasut jenama ZapatoS by Zain Saidin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Zain Saidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nikmat Sihat, Bahagia Hadiah Paling Bermakna – Zain Saidin

26/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Pada usia 35 tahun, tiada apa lagi diharapkan Zain Saidin kecuali diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang...

Kenapa Tak Tanya Depan-Depan? – Che Ta

13/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan pelik bagaimana gosip rumah tangganya dengan Zain Saidin berantakan timbul sedangkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd