• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rain Tolak Tawaran Berlakon Filem X-Men

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKAT yang dimiliki bintang terkenal Korea Selatan, Rain turut mendapat perhatian dari produksi Hollywood apabila ditawar untuk membintangi filem superhero X-Men.

Bagaimanapun, Rain yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh penerbit filem Uhm Bok Dong, Lee Beom Soo dalam satu temubual, seperti yang disiarkan portal Koreaboo.

Dalam temu bual itu, Beom Soo memberitahu Rain sanggup menolak peluang besar kerana dedikasinya untuk menghabiskan baki penggambaran filem Uhm Bok Dong.

“Rain sebenarnya ditawarkan untuk berlakon X-Men dan penggambaran dijangka bermula pada Julai depan.

“Namum disebabkan penggambaran Uhm Bom Dong hanya selesai pada Ogos depan dan komitmennya terhadap filem ini, dia telah menolak tawaran tersebut,” katanya.

Pada masa yang sama, Beom Soo yang juga merupakan seorang aktor turut memuji dan berterima kasih dengan keputusan Rain itu yang tidak mementingkan diri.

“Saya sangat terharu dan menghormati Rain kerana sikapnya yang tidak tamak.

“Saya tidak sangka dia sanggup menolak tawaran ke Hollywood semata-mata untuk tunaikan janji dan menghabiskan penggambaran filem ini,” katanya.

Rain merupakan antara artis ternama di Korea dan tersenarai dalam kalangan selebriti terkaya di negara itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Artis KoreaFilem HollywoodRain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Squid Game Ada Juga Nilai Positif

30/09/2021
0

RASANYA, waktu ini, sesiapa sahaja yang memiliki akaun Netflix sama ada sudah atau sedang menonton cerita sensasi terbitan Korea, Squid...

Jalan Cerita Filem Avengers: Endgame Bocor

10/03/2019
0

BELUM sempat ditayangkan kepada umum, sudah ada individu yang membocorkan jalan cerita filem Avengers: Endgame. Perkara itu berlaku menerusi laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd