• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beli Tiket Bas Daripada ‘Ulat’ – SPAD

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing bersempena sambutan Aidilfitri dinasihatkan supaya tidak menggunakan khidmat ‘ulat’ untuk mendapatkan tiket bas ekspres atau bas tambahan di mana-mana cawangan terminal.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata mereka seharusnya membeli tiket daripada pengusaha berdaftar menerusi kaunter penjualan tiket yang dibenarkan sahaja untuk mengelak berlakunya penipuan dan caj harga tiket yang berlebihan.

“Orang ramai yang ingin pulang ke kampung menjelang musim perayaan kali ini diingatkan supaya beli tiket dari mereka yang menjual tiket dalam kaunter dan bukan di luar kaunter.

“Di samping itu, pengguna perlu pastikan tiket bas dicetak dan bukannya ditulis dengan tangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pemeriksaan kegiatan ‘ulat tiket’ di terminal bas sementara di Seksyen 13 di sini, hari ini.

Mengenai kegiatan ‘ulat tiket’ menjelang musim perayaan, Che Hasni berkata SPAD mendapati ‘ulat-ulat’ tiket sentiasa berkeliaran di terminal dan kaunter bas ekspres bagi mencari mangsa yang ingin pulang ke kampung pada saat-saat akhir dengan menawarkan tiket-tiket bas yang tidak dipastikan kewujudannya.

Justeru itu, katanya, pengguna akan menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan bas dan terpaksa menanggung kerugian.

Mengenai operasi hari ini, Che Hasni berkata pihaknya menahan lima individu termasuk warga Indonesia, Kemboja dan Vietnam menerusi kaedah penyamaran setelah didapati menjalankan kegiatan ‘ulat’ tiket di terminal bas sementara itu.

Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tambah beliau, kelima-lima individu terbabit dijangka dituduh di Mahkamah Shah Alam esok.

Che Hasni dalam pada itu berkata sebanyak 106 individu yang menjalankan kegiatan ‘ulat’ tiket di sekitar Lembah Klang ditahan SPAD bermula awal tahun ini sehingga hari ini.

“Pihak SPAD akan menjalankan pemeriksaan bagi mengekang aktiviti ‘ulat’ sempena musim perayaan ini di seluruh semenanjung dengan memberi tumpuan kepada terminal-terminal bas terpilih,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Che Hasni Che AhmadSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd